Assalamualaikum. Detik demi dekit kian meninggalkan aku. Makin ditinggalkan makin dilanda kebingungan. Apa yang harus aku turuti dalam menggapai kejayaan duniawi? Kadangkala aku seringkali dicuit rasa yang amat sukar untuk aku gambarkan. "Betulkah pilihan aku ni?". Pertanyaan ini sering kali menghantui diri tak kala dalam merancang impian hadapan. Aku gentar andai corak langkah yang aku lakar bakal meracuni diri aku tanpa disedari. Ini baru sahaja permulaan. Tapi masakan hanya permulaan fikiranku mampu bercelaru? Bagaimana pula saat kaki melangkah di alam universiti? Setiap pilihan yang diambil harus dirancang sehabis baik. Ya, benar kita tidak mampu memastikan setiap yang dirancang itu berhasil, namun diatas usaha tersebut boleh saja kita memperolehi kejayaan yang dinantikan. Harapanku kini ialah mahukan agar setiap pilihan yang dipilih bisa memberikan kejayaan yang terbaik untuk diriku di dunia ini dan juga di dunia ...