Assalamualaikum. Kini aku kembali menghiasi ruang rintihanku. Sahaja aku menerjah Drive untuk melihat kembali memori lalu. Lantas satu demi satu dokumen dibuka. Selepas mata melirik isinya aku sedikit terkesima. ‘Aku pernah tulis macam ni?’. Itulah yang terbias disisip hati. Penulisanya hanyalah biasa sahaja. Biasan itu mungkin terlontar oleh kerana sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan dan jika dibandingkan penulisan kini dan dahulu jurangnya amat luas. Kemudian aku merasakan aku mahu untuk sisipkan penulisan-penulisanku disini sebagai kenanganku yang mana mungkin bakal ku lihat kembali di hari kelak. 9.02 pm Rabu, 24 April 2019 Adakalanya diri ini sudah tidak berdaya Menogkah arus deras yang saban hari makin menggunung Sakit Lelah Namun tidak juga mampu aku henti Masakan aku mahupun menghamparkan segalanya tanpa penyudah Seperti tidak diusung rasa tanggungjawab Masakan sebegitu mahuku ikuti Benar Aku tahu lelah yang disisip di sudut hati itu mampu menjadi menjadi nilam di ...