Assalamualaikum. Hai. Adakah masih wujud lagi jiwa-jiwa yang utuh membaca blog dikala dunia telah menoleh kearah vlog mahupun tiktok? Sedar tidak sedar empat tahun telah aku biarkan sesawang ini terbiar. Tidak diusik. Aku sendiri juga hampir lupa akan nama lamanku ini. Syukur masih boleh aku perolehinya. Dahulu kala, aku amat gemar dalam berpuitis. Bermain dengan kata-kata. Bahasa klasik amat kugemari untuk diguna pakai dalam penulisanku. Namum, entah mengapa, perasaan ingin menulis kian memudar. Sedikit demi sedikit. Lalu rasa itu bagaikan hilang. Ada beberapa kali juga aku cuba kembali untuk menulis. Namun entah, rasa itu tidak sama seperti apa yang aku rasakan seperti mana tika aku di dahulu kala. Ada tetapi tiada. Entah. Sukar untuk aku ungkapkan rasa itu. Namun rasa rindu, mahu untuk menulis itu tetap tersisip di perdu hatiku.