Skip to main content

Posts

Jiwa

 Assalamualaikum. Kini aku kembali menghiasi ruang rintihanku. Sahaja aku menerjah Drive untuk melihat kembali memori lalu. Lantas satu demi satu dokumen dibuka. Selepas mata melirik isinya aku sedikit terkesima. ‘Aku pernah tulis macam ni?’. Itulah yang terbias disisip hati. Penulisanya hanyalah biasa sahaja. Biasan itu mungkin terlontar oleh kerana sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan dan jika dibandingkan penulisan kini dan dahulu jurangnya amat luas. Kemudian aku merasakan aku mahu untuk sisipkan penulisan-penulisanku disini sebagai kenanganku yang mana mungkin bakal ku lihat kembali di hari kelak. 9.02 pm Rabu, 24 April 2019 Adakalanya diri ini sudah tidak berdaya Menogkah arus deras yang saban hari makin menggunung Sakit Lelah Namun tidak juga mampu aku henti Masakan aku mahupun menghamparkan segalanya tanpa penyudah Seperti tidak diusung rasa tanggungjawab Masakan sebegitu mahuku ikuti Benar Aku tahu lelah yang disisip di sudut hati itu mampu menjadi menjadi nilam di ...
Recent posts

Rasa

Assalamualaikum. Hai. Adakah masih wujud lagi jiwa-jiwa yang utuh membaca blog dikala dunia telah menoleh kearah vlog mahupun tiktok?  Sedar tidak sedar empat tahun telah aku biarkan sesawang ini terbiar. Tidak diusik. Aku sendiri juga hampir lupa akan nama lamanku ini. Syukur masih boleh aku perolehinya. Dahulu kala, aku amat gemar dalam berpuitis. Bermain dengan kata-kata. Bahasa klasik amat kugemari untuk diguna pakai dalam penulisanku. Namum, entah mengapa, perasaan ingin menulis kian memudar. Sedikit demi sedikit. Lalu rasa itu bagaikan hilang. Ada beberapa kali juga aku cuba kembali untuk menulis. Namun entah, rasa itu tidak sama seperti apa yang aku rasakan seperti mana tika aku di dahulu kala. Ada tetapi tiada. Entah. Sukar untuk aku ungkapkan rasa itu. Namun rasa rindu, mahu untuk menulis itu tetap tersisip di perdu hatiku.

Runsing

Assalamualaikum.           Detik demi dekit kian meninggalkan aku. Makin ditinggalkan makin dilanda kebingungan. Apa yang harus aku turuti dalam menggapai kejayaan duniawi? Kadangkala aku seringkali dicuit rasa yang amat sukar untuk aku gambarkan. "Betulkah pilihan aku ni?". Pertanyaan ini sering kali menghantui diri tak kala dalam merancang impian hadapan. Aku gentar andai corak langkah yang aku lakar bakal meracuni diri aku tanpa disedari. Ini baru sahaja permulaan. Tapi masakan hanya permulaan fikiranku mampu bercelaru? Bagaimana pula saat kaki melangkah di alam universiti?        Setiap pilihan yang diambil harus dirancang sehabis baik. Ya, benar kita tidak mampu memastikan setiap yang dirancang itu berhasil, namun diatas usaha tersebut boleh saja kita memperolehi kejayaan yang dinantikan. Harapanku kini ialah mahukan agar setiap pilihan yang dipilih bisa memberikan kejayaan yang terbaik untuk diriku di dunia ini dan juga di dunia ...

59 Days.

Assalamualaikum.                    Masuk hari ni dah 59 hari aku melepaskan zaman persekolahan. Gigih weh aku kira siap bukak calculator lagi. Lepas ni no more uniform sekolah no more homework no more bangun seawal jam 5 pagi. Cis baru 59 hari dah sembang kencang. Hahahhaha. Suka hati aku lah. Hahahhah. Aku update blog ni pun bukan apa aku cuma bosan. Ye la duduk rumah tengok tv, baca novel, makan tidur. Tapi kira ok la sikit aku ada buat tusyen ajar budak membaca. Kira ok la kan daripada membiarkan masa yang berdetik dibuang begitu sahaja seperti melemparkan dedaunan kering di jalanan. Aku dah habis sekolah ni tatabahasa pun aku rasa macam kelaut sikit. Dedaunan ke dedaun? Hahahahhh. Dasar amnesia betul la aku ni!           Masa kat maktab dulu bukan kemain aku ngan kengkawan dok kata " weh, lepas habis sekolah ni korang nak kerja mana?". Lalu ada yang menjawab " kerja popular la macam best je" aku...

Move on!

Assalamualaikum.    Detik sudah kian berganti tanpa menoleh sesaat. Bila menerjah kembali episode lalu membuatkan aku terbayang bagaimana pemikiranku masa lalu. Aduh. Begitu kanak-kanak ribena yang hanya mengenali selimut kegembiraan. Ya. Itu aku dahulu dan adakah kini aku juga begitu? Ya mungkin juga. Dan mungkin juga apabila peredaran masa mendapingiku mampu membuatkan aku lebih berfikir.    Bait-bait kata yang dituturkan dahulu benar-benar mampu menunjukkan bagaimana minda berfikir. Pengolahannya juga begitu. Kadang kala juga mampu membuatkan aku berfikir "Ya Allah kenapa aku tulis macam ni".. hahahhah. Tapi masa sudah berlalu nak berputar kembali pun tak mampu, benar? So just calm and move on girl!   

Merapu.

Assalamualaikum sayang.      Yes this is for the first time aku cakap assalamualaikum sayang maybe rasa nak curahkan rasa sayang tu terlebih sikut kut erm. Don't know. Actually apa yang aku merapu pun aku tak tahu. Just keluarkan apa yang ada dalam hati dalam otak dan tulis.Rindu mungkin nak tulis. Kalau kat maktab aku just tulis kat draft je tapi tu la draft ni ada had dia dan aku ni jenis tak suka ada had-had ni.       Bagi aku penulisan ni jiwa. Jiwa yang ingin melontarkan segala isi yang terpendam di perdu hati. Bila nak diluahkan takut ada orang yang tak mampu untuk menerima tapi yeah they still want to talk about it too so this is the way, through writting.       Aku pun kadang-kadang tak faham dengan diri sendiri samaada aku ni jiwa science or jiwa sastera but who say if we involve in science kita tak boleh melibatkan diri dalam dunia sastera? ada je doctors yang dah berjaya libatkan diri dalam dunia sastera. For exam...

Rindu mungkin

Assalamualaikum.      Since dah lama tak buka blog ni. Sian dia. Yeah if i'm not mistaken ada la jugak around a year tak buka this blog apatah lagi update. Rasa nak update tu ada but rasa nak tulis tu yang sadis sikit. If ask why of course jawapan dia malas. hahahhaha. For sure la tu.        Selalunya aku just online through phone je, tu la quite hard nak update ye la dah la space yang dia bagi tu ceconet je. Alah comel nye. Camne na tulis sepenuh hati? Hah? Cuba bagi tau sikit.      Since aku dah pindah sekolah 20th April 2015 to Mrsm Bentong lagi payah la nak update. Cuti pun memang haram la aku nak bukak laptop. Kalau phone memang aku bukak. Rutin harian tu. Hahahha. Kalau laptop ni bagi aku dia agak remeh. Kalau bukak pun sebab nak siapkan assignment yang perlu untuk type or layan movie tu pun jarang gaisss.      Sebenarnya aku pun tak tau the reason why aku update ni. Topic apa yang aku nak cakap pun ...