Assalamualaikum.
Kini aku kembali menghiasi ruang rintihanku. Sahaja aku menerjah Drive untuk melihat kembali memori lalu. Lantas satu demi satu dokumen dibuka. Selepas mata melirik isinya aku sedikit terkesima. ‘Aku pernah tulis macam ni?’. Itulah yang terbias disisip hati. Penulisanya hanyalah biasa sahaja. Biasan itu mungkin terlontar oleh kerana sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan dan jika dibandingkan penulisan kini dan dahulu jurangnya amat luas. Kemudian aku merasakan aku mahu untuk sisipkan penulisan-penulisanku disini sebagai kenanganku yang mana mungkin bakal ku lihat kembali di hari kelak.
9.02 pm
Rabu, 24 April 2019
Adakalanya diri ini sudah tidak berdaya
Menogkah arus deras yang saban hari makin menggunung
Sakit
Lelah
Namun tidak juga mampu aku henti
Masakan aku mahupun menghamparkan segalanya tanpa penyudah
Seperti tidak diusung rasa tanggungjawab
Masakan sebegitu mahuku ikuti
Benar
Aku tahu lelah yang disisip di sudut hati itu mampu menjadi menjadi nilam di hari muka.
Comments
Post a Comment