Skip to main content

59 Days.

Assalamualaikum.
        

          Masuk hari ni dah 59 hari aku melepaskan zaman persekolahan. Gigih weh aku kira siap bukak calculator lagi. Lepas ni no more uniform sekolah no more homework no more bangun seawal jam 5 pagi. Cis baru 59 hari dah sembang kencang. Hahahhaha. Suka hati aku lah. Hahahhah. Aku update blog ni pun bukan apa aku cuma bosan. Ye la duduk rumah tengok tv, baca novel, makan tidur. Tapi kira ok la sikit aku ada buat tusyen ajar budak membaca. Kira ok la kan daripada membiarkan masa yang berdetik dibuang begitu sahaja seperti melemparkan dedaunan kering di jalanan. Aku dah habis sekolah ni tatabahasa pun aku rasa macam kelaut sikit. Dedaunan ke dedaun? Hahahahhh. Dasar amnesia betul la aku ni!

          Masa kat maktab dulu bukan kemain aku ngan kengkawan dok kata " weh, lepas habis sekolah ni korang nak kerja mana?". Lalu ada yang menjawab " kerja popular la macam best je" aku la tu tapi sampai sekarang harommm, "aku pergi kerja kat tempat ayah aku la", "aku nak amek upah iron baju la" dan seumpamanya. Tapi aku tak tau la menjadi ke tidak angan-angan bak langit ketujuh tu. Hehhh. Sekali dah sampai rumah membuta je aku tau.. Hahhahah. Bukanye apa nafsu nak tidur tu melonjak-lonjak sangat. Heehehhheh. Namun begitu ada la jugak kawan-kawan aku yang telah berjaya meloloskan diri daripada kepompong kemalasan yang semakin serius wabak penularannya.


          Aku ni nasib baik la ada galakkan untuk melibatkan diri dalam dunia pekerjaan. Kerja la sangat. Hahhaha. Seminggu 4 jam je pun. Tapi masih boleh diterima la untuk orang yang malas macam aku ni. Hehheheh. Sebulan aku ambil RM100. Kira murah ke mahal? Sebulan maksudnya 1 jam x 4 hari x 4 minggu = 16 jam. Student aku just amek sorang je. Senang sikit nak focus. Nasib baik la budak yang aku ajar tu senang nak handle. Kalau dia start memain tu kena la pandai umpan dia sikit cakap la "Arif duduk nanti siap kerja ni teacher bagi Arif sticker" dan dia pun akan melaksanakan tugasnya walaupun tengkuk tu duk menjalar tengok sebelah. 


          Sebenarnya aku tak tau nak stop entry ni macam mana. Dah habis idea nak merapu bagai ni. Ok la. Bye! Hahahahahah. Fail betul aku bagi ending ni!










Comments

Popular posts from this blog

Jiwa

 Assalamualaikum. Kini aku kembali menghiasi ruang rintihanku. Sahaja aku menerjah Drive untuk melihat kembali memori lalu. Lantas satu demi satu dokumen dibuka. Selepas mata melirik isinya aku sedikit terkesima. ‘Aku pernah tulis macam ni?’. Itulah yang terbias disisip hati. Penulisanya hanyalah biasa sahaja. Biasan itu mungkin terlontar oleh kerana sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan dan jika dibandingkan penulisan kini dan dahulu jurangnya amat luas. Kemudian aku merasakan aku mahu untuk sisipkan penulisan-penulisanku disini sebagai kenanganku yang mana mungkin bakal ku lihat kembali di hari kelak. 9.02 pm Rabu, 24 April 2019 Adakalanya diri ini sudah tidak berdaya Menogkah arus deras yang saban hari makin menggunung Sakit Lelah Namun tidak juga mampu aku henti Masakan aku mahupun menghamparkan segalanya tanpa penyudah Seperti tidak diusung rasa tanggungjawab Masakan sebegitu mahuku ikuti Benar Aku tahu lelah yang disisip di sudut hati itu mampu menjadi menjadi nilam di ...

Runsing

Assalamualaikum.           Detik demi dekit kian meninggalkan aku. Makin ditinggalkan makin dilanda kebingungan. Apa yang harus aku turuti dalam menggapai kejayaan duniawi? Kadangkala aku seringkali dicuit rasa yang amat sukar untuk aku gambarkan. "Betulkah pilihan aku ni?". Pertanyaan ini sering kali menghantui diri tak kala dalam merancang impian hadapan. Aku gentar andai corak langkah yang aku lakar bakal meracuni diri aku tanpa disedari. Ini baru sahaja permulaan. Tapi masakan hanya permulaan fikiranku mampu bercelaru? Bagaimana pula saat kaki melangkah di alam universiti?        Setiap pilihan yang diambil harus dirancang sehabis baik. Ya, benar kita tidak mampu memastikan setiap yang dirancang itu berhasil, namun diatas usaha tersebut boleh saja kita memperolehi kejayaan yang dinantikan. Harapanku kini ialah mahukan agar setiap pilihan yang dipilih bisa memberikan kejayaan yang terbaik untuk diriku di dunia ini dan juga di dunia ...