Skip to main content

Rindu mungkin


Assalamualaikum.   

  Since dah lama tak buka blog ni. Sian dia. Yeah if i'm not mistaken ada la jugak around a year tak buka this blog apatah lagi update. Rasa nak update tu ada but rasa nak tulis tu yang sadis sikit. If ask why of course jawapan dia malas. hahahhaha. For sure la tu. 
    
 Selalunya aku just online through phone je, tu la quite hard nak update ye la dah la space yang dia bagi tu ceconet je. Alah comel nye. Camne na tulis sepenuh hati? Hah? Cuba bagi tau sikit.

     Since aku dah pindah sekolah 20th April 2015 to Mrsm Bentong lagi payah la nak update. Cuti pun memang haram la aku nak bukak laptop. Kalau phone memang aku bukak. Rutin harian tu. Hahahha. Kalau laptop ni bagi aku dia agak remeh. Kalau bukak pun sebab nak siapkan assignment yang perlu untuk type or layan movie tu pun jarang gaisss.


     Sebenarnya aku pun tak tau the reason why aku update ni. Topic apa yang aku nak cakap pun aku tak tau. Maybe just nak polish blog ni je kot. And maybe rasa rindu nak tulis. Yeah, maybe.



   

Comments

Popular posts from this blog

59 Days.

Assalamualaikum.                    Masuk hari ni dah 59 hari aku melepaskan zaman persekolahan. Gigih weh aku kira siap bukak calculator lagi. Lepas ni no more uniform sekolah no more homework no more bangun seawal jam 5 pagi. Cis baru 59 hari dah sembang kencang. Hahahhaha. Suka hati aku lah. Hahahhah. Aku update blog ni pun bukan apa aku cuma bosan. Ye la duduk rumah tengok tv, baca novel, makan tidur. Tapi kira ok la sikit aku ada buat tusyen ajar budak membaca. Kira ok la kan daripada membiarkan masa yang berdetik dibuang begitu sahaja seperti melemparkan dedaunan kering di jalanan. Aku dah habis sekolah ni tatabahasa pun aku rasa macam kelaut sikit. Dedaunan ke dedaun? Hahahahhh. Dasar amnesia betul la aku ni!           Masa kat maktab dulu bukan kemain aku ngan kengkawan dok kata " weh, lepas habis sekolah ni korang nak kerja mana?". Lalu ada yang menjawab " kerja popular la macam best je" aku...

Jiwa

 Assalamualaikum. Kini aku kembali menghiasi ruang rintihanku. Sahaja aku menerjah Drive untuk melihat kembali memori lalu. Lantas satu demi satu dokumen dibuka. Selepas mata melirik isinya aku sedikit terkesima. ‘Aku pernah tulis macam ni?’. Itulah yang terbias disisip hati. Penulisanya hanyalah biasa sahaja. Biasan itu mungkin terlontar oleh kerana sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan dan jika dibandingkan penulisan kini dan dahulu jurangnya amat luas. Kemudian aku merasakan aku mahu untuk sisipkan penulisan-penulisanku disini sebagai kenanganku yang mana mungkin bakal ku lihat kembali di hari kelak. 9.02 pm Rabu, 24 April 2019 Adakalanya diri ini sudah tidak berdaya Menogkah arus deras yang saban hari makin menggunung Sakit Lelah Namun tidak juga mampu aku henti Masakan aku mahupun menghamparkan segalanya tanpa penyudah Seperti tidak diusung rasa tanggungjawab Masakan sebegitu mahuku ikuti Benar Aku tahu lelah yang disisip di sudut hati itu mampu menjadi menjadi nilam di ...

Runsing

Assalamualaikum.           Detik demi dekit kian meninggalkan aku. Makin ditinggalkan makin dilanda kebingungan. Apa yang harus aku turuti dalam menggapai kejayaan duniawi? Kadangkala aku seringkali dicuit rasa yang amat sukar untuk aku gambarkan. "Betulkah pilihan aku ni?". Pertanyaan ini sering kali menghantui diri tak kala dalam merancang impian hadapan. Aku gentar andai corak langkah yang aku lakar bakal meracuni diri aku tanpa disedari. Ini baru sahaja permulaan. Tapi masakan hanya permulaan fikiranku mampu bercelaru? Bagaimana pula saat kaki melangkah di alam universiti?        Setiap pilihan yang diambil harus dirancang sehabis baik. Ya, benar kita tidak mampu memastikan setiap yang dirancang itu berhasil, namun diatas usaha tersebut boleh saja kita memperolehi kejayaan yang dinantikan. Harapanku kini ialah mahukan agar setiap pilihan yang dipilih bisa memberikan kejayaan yang terbaik untuk diriku di dunia ini dan juga di dunia ...